org baik akan klik klik!!!

Saturday, June 5, 2010

cinta sampai syurga~

assalamualaikum cinta,, (@_@)

for da rest of my life,, i never felt dis way =)





cinta (antara lelaki dan wanita) lahirnya di tempat yang paling mulia. Cinta lahir di syurga! Ketika semua nikmat di syurga dapat dikecapi, nabi Adam masih terasa ada “kekosongan”. Allah Maha Mengetahui isi hati hamba-Nya, lalu diciptakannya seorang wanita – Hawa, bersama cinta. Lalu kekosongan itu pun terisi. Cinta adalah nikmat hati. Dan manusia yang pertama mengecap nikmat itu ialah seorang yang mulia – seorang nabi. Di mana? Di syurga!

Syurga itu apa? Syurga adalah tempat penuh nikmat yang tidak dapat dibayangkan oleh pancaindera manusia. Bayangkan yang indah, harum, sedap dan nyaman… syurga lebih indah daripada apa yang termampu kita bayangkan. Siapa yang layak menjadi penghuni syurga? Jawabnya, orang yang baik-baik di kalangan para Rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin (orang-orang soleh). Tegasnya, syurga adalah tempat tinggal dan kembali orang yang baik-baik.

Bagaimana mahu melayakkan diri untuk memasuki syurga? Jawabnya mudah, jadilah orang yang baik-baik. Bagaimana hendak jadi orang yang baik-baik? Tentulah sahaja dengan melakukan banyak kebaikan. Setiap kebaikan yang dibuat dengan ikhlas, akan dibalas dengan pahala. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga. Lalu apa kaitan semua ini dengan cinta?

Cinta dilahirkan di tempat yang baik (syurga), dianugerahkan oleh yang Maha baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (nabi Adam a.s) dan diwariskan untuk orang yang baik-baik (para solihin). Sekali lagi, cinta lahir di syurga dan akan berakhir (kembali) ke syurga.

Menyedari hakikat itu, marilah kita sucikan cinta seperti mula ia dianugerahkan Allah. Hanya dengan cinta yang terjaga kesuciannya sahaja manusia yang saling bercinta itu akan memasuki syurga. Jika cinta itu tercemar dan tercalar, maka mereka yang bertanggung jawab ke atasnya akan terkecuali daripada memasuki syurga.

cinta itu anugerah Tuhan yang diturunkan bersama peraturannya. Hargailah cinta dan hargai jugalah “peraturan cinta” yang dianugerahkan bersamanya. Apa akan jadi sekiranya kita membuang katalog yang dikepilkan bersama peralatan elektrik yang kita beli? Menempah nahas! Bagaimana kita hendak menggunakan peralatan itu tanpa panduan? Bagaimana kita hendak membaikinya jika berlaku kerosakan?

Maka begitulah dengan peraturan cinta. Jangan dipinggirkan peraturan itu tatkala bercinta. Jika tidak, cinta akan tercemar dan bertukar, dari nikmat yang paling indah menjadi racun pemusnah. Inilah akibatnya melupakan peraturan Tuhan dalam bercinta.

Peraturan cinta itu apa? Ia adalah syariat – hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus. Jangan dilanggar yang haram kerana cinta. Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat dipulangkan kepada kebijaksanaan dan kewarakan untuk membuat atau meninggalkannya. Percayalah, kemanisan dengan menempuh jalan yang haram, akan berakhir dengan kepahitan. Percayalah, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang berkekalan.

Raihlah sebanyak-banyaknya pahala sabar, reda, qanaah dan mujahadah semasa berperanan sebagai manusia yang memiliki cinta. Tuailah sebanyak-banyak pahala dalam menguruskan cinta. Untuk mengekalkan cinta sampai syurga cintailah yang Maha kekal (Allah). Ikut syariat-Nya dalam apa jua keputusan. Katakan pada diri selalu bahawa cinta bukan milik kita. cinta amanah buat kita..

cinta manusia yang membelakangkan cinta Allah tidak akan sampai ke syurga!

Bercintalah sampai syurga, jika benar-benar cintakan pasangan kita. Untuk itu bersedialah menempuh kesusahan. Nabi Adam dan Hawa mula bercinta di syurga, diuji dengan satu larangan, tersalah… dan “tercampak” ke dunia. Cinta terpisah sekian lama. Adam di satu penjuru. Hawa di penjuru yang lain. Bertaubat terus-terusan. Raja’na illallah (kembali kepada Allah). Dan akhirnya apabila cinta yang “tercemar” itu kembali bersinar, bertemulah semula cinta mereka di Arafah!

Cinta sampai syurga… jangan melupakan cinta Allah. Jangan dilanggar syariat-Nya. Jika sudah tercemar, gilap kembali agar bersinar. Insya-Allah, akan ada “Arafah” cinta kita. Akan ada syurga kita!

setitik cahaya tentang bercinta sampai syurga (",)

for all ma sweet readers, happy reading and may you guys learn something!
see yar,,,! winks2 ^_^

2 comments:

ibnu ghazali al-bakti said...

Salam..nice entri..2 thumbs up tau..keep it going dlm brblog :-)

lala said...

salam... thanks for supporting! hiks, anyway, insyaAllah, will keep moving wif blogging.