org baik akan klik klik!!!

Sunday, February 6, 2011

jika kamu~

jika kamu memancing ikan.setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.jangan sesekali kamu lepaskan ia semula kedalam air begitu sahaja.kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup...

begitulah jua setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.jangan sesekali kamu terus meningalkannya begitu sahaja.kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan jangan menganggap ia begitu teguh.cukuplah sekadar keperluanmu.apabila sekali ia retak.tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.akhirnya ia dibuang.sedangkan jika kamucuba membaikinya mungkin ia masih bole digunakan.

begitu jugalah jika kamu memiliki hati seseorang.terimalah seadanya.jangan kamu terlalu mengaguminya.dan jangan kamumenganggapnyabegitu istimewa.anggaplah ia manusia biasa. apabila sekali dia melakukan kesilapan.bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.sedangkan jika kamu memaafkannyabole jadi hubungan kamu berterusan hingga ke akhirnya.

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi.yang kamu pasti baik untuk dirimu. mengenyangkan. berkhasiat.mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain?. terlalu ingin mencari kelazatan.! kelak.nasi itu akan basi dan kamu tidak bole memakannya lagi.ketika itu.kamu pasti akan menyesal.

begitu juga lah jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan.yang mana.kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.menyayangimu. mengasihimu. mengapa kamu berlengah. mengaba masih membandingkan dengan yang lain.terlalu mengejar kesempurnaan! kelak. kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

menyintai tanpa syarat.dengan kata lain terimalah seutuhnya apa kelebihannya lengkap dengan segala kekurangan.just the way i am.